KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Mohamad Zabidin mendahului senarai 298 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat ke istiadat itu.
Pada istiadat pengurniaan itu, Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada sasterawan negara Prof Madya Lim Swee Tin.
Seri Paduka turut berkenan menganugerahkan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada 10 individu antaranya Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) dianugerahkan kepada 12 individu, Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 40 individu, Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD) kepada seorang penerima dan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 55 individu.
Seri Paduka juga berkenan menganugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada 178 individu.
Hadir sama pada istiadat itu ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023
Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di Istana Negara hari ini. -Bernama
[TERKINI] SPRM belum terima notis pengisytiharan harta dua anak bekas PM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menerima notis pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengesahkan berlaku perbincangan antara SPRM dan peguam kepada Tan Sri Mohkzani dan Mirzan.
Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengesahkan berlaku perbincangan antara SPRM dan peguam kepada Tan Sri Mohkzani dan Mirzan.
Lebih 300 juta kanak-kanak hadapi penderaan seksual dalam talian setiap tahun
Lebih 300 juta kanak-kanak setahun menjadi mangsa eksploitasi dan penderaan seksual dalam talian, menurut kajian.
Presiden Nausedia menang pilihan raya presiden Lithuania
Penyandang Presiden Gitanas Nauseda telah memenangi pilihan raya presiden Lithuania, menewaskan pesaingnya Ingrida Simonyte dalam pusingan kedua pada Ahad.
Google kembali guna jenama ‘Google Cast’ sebagai pengganti Chromecast
Google Cast bukanlah nama baharu. Pada bulan Mac 2016, Chromecast pernah ditukar kepada Google Cast tetapi ditukar kembali kepada Chromecast kerana populariti dongel keluaran Google yang mampu
Mayat lelaki tertiarap di dalam longkang ditemui
Mayat seorang lelaki ditemukan dalam longkang di Taman Derga Jaya, di sini pada Ahad.
TMM2024: Melaka rekod 5.12 juta pelancong sehingga April
Sebanyak 5.12 juta pelancong direkodkan berkunjung ke Melaka dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Analisa dan keputusan peringkat negeri Selangor
Untuk perkembangan tersebut, kita bersama rakan setugas Hasimi Muhamad dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di Shah Alam.
Kebakaran tercetus di Rafah susulan serangan udara Israel
Sebuah kebakaran tercetus di Rafah berikutan serangan Israel ke atas kawasan yang ditetapkan untuk pelarian Palestin itu pada Ahad malam.
Rakaman yang diperoleh Reuters itu menunjukkan orang ramai berkumpul berhampiran kebakaran besar itu.
Rakaman yang diperoleh Reuters itu menunjukkan orang ramai berkumpul berhampiran kebakaran besar itu.
Korban banjir di Brazil meningkat kepada 169 orang
Hujan lebat dan banjir yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meragut 169 nyawa sejak ribut melanda negeri itu pada 29 April, menurut agensi Pertahanan Awam pada Ahad.
Ibu bapa perlu kawal emosi, bimbing anak tuju kejayaan
Ibu bapa jangan lampiaskan kemarahan sehingga mengguris hati anak meskipun berasa kecewa dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehi mereka.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan Dan Kaunseling Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman, sebaliknya, ibu bapa perlu bimbing anak mereka untuk menjejaki laluan yang membuka pintu kejayaan buat mereka.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan Dan Kaunseling Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman, sebaliknya, ibu bapa perlu bimbing anak mereka untuk menjejaki laluan yang membuka pintu kejayaan buat mereka.
Agong kurnia gelaran 'Tan Sri' kepada Hakim Besar Malaya
Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada sasterawan negara Prof Madya Lim Swee Tin.
Mohamad Zabidin pemangku Hakim Besar Malaya
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilantik sebagai pemangku Hakim Besar Malaya.
Hakim Mohamad Zabidin, Mohd Nazlan angkat sumpah jawatan
Mohamad Zabidin Mohd Diah mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sementara Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.